Pages

Ads 468x60px

Monday, 15 October 2012

Soalan Soalan Lazim




1. Bolehkah anak saya yang berumur 4 tahun menyertai program bacaan di MINDA OPTIMA?.

Untuk memulakan program bacaan ini, umur minima yang di tetapkan ialah 4 tahun. Walaubagai manapun, bukan semua kanak-kanak 4 tahun di terima di MINDA OPTIMA. Pada kebiasaannya, kanak-kanak berumur 4 tahun akan di beri KELAS PERCUBAAN PERCUMA. Dari sini, kami akan menilai sama ada kanak-kanak ini TELAH BERSEDIA untuk memulakan pembelajaran. Hanya kanak- kanak yang BOLEH MEMBERIKAN FOKUS terhadap sessi pembelajaran sahaja yang akan di terima.

2. Bagaimana pula dengan kanak- kanak 5 tahun ke atas? Adakah perlu di nilai dahulu sebelum di terima belajar?

Bagi kanak-kanak 5 tahun ke atas, kami membuat andaian bahawa mereka telah bersedia dari segi mental. Tidak perlu melalui sessi penilaian . Boleh terus menyertai  program.

3. Apakah program yang sesuai di mulai?  Program Cahayaku atau The Victoria Readers.

Ibu bapa boleh memilih memulakan mana-mana satu program samada Bahasa Melayu dahulu atau Bahasa Inggeris. Namun demikian, kami mencadangkan supaya kanak-kanak memulainya dengan program bacaan Bahasa Melayu memandangkan program ini lebih mudah di kuasai berbanding programBahasa Inggeris.

4. Berapa lamakah kemahiran membaca ini boleh di kuasai?

Lazimnya jika menyertai program 2 kali seminggu, kemahiran membaca boleh di capai dalam tempoh 4 – 6 bulan. Jika sekiranya menyertai program  4 kali seminggu, kemahiran membaca boleh di capai dalam tempoh 2-3 bulan.  Di hujung program ini, anak-anak akan membaca buku cerita untuk memantapkan bacaan.

5.  Apakah ada  kemungkinan pelajar menghabiskan program lebih cepat  atau lebih lambat daripada tempoh yang di jangka?

Memang ada pelajar yang dapat menghabiskan program lebih awal daripada tempoh yang di jangka. Ada juga pelajar yang terpaksa melanjutkan pembelajaran melebihi tempoh yang di jangka. Ini adalah bergantung kepada keupayaan dan  kepantasan  pelajar menguasai setiap pelajaran.  Kaedah pengendalian kelas ini  adalah secara individu dalam kumpulan seramai 8 orang.  Berapa lama program ii di jalani adalah bergantung kepada keupayaan individu.

6. Bolehkan pelajar mengikuti  kelas bacaan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris secara serentak?

Kami tidak menggalakkan. Untuk mendapat bacaan yang baik, program ini haruslah di buat satu persatu. Mengikut pengalaman kami ada pelajar yang menjadi keliru dengan sebutan bunyi Bahasa Melayu dan  Bahasa Inggeris. Ini telah menyebabkan pelajaran terpaksa di ulang dan ini telah mengganggu proses pembelajaran dan kemahiran membaca semakin sukar di capai.

7. Anak saya sedang belajar di tadika yang mengimplimentasikan kaedah  bacaan yang lain. Adakah dia akan menjadi keliru jika sekiranya  mengikuti program bacaan di MINDA OPTIMA.

Kaedah bacaan  Cahayaku dan Victoria Readers sangat mudah di kuasai. Pada kebiasaannya pelajar tidak keliru memandangkan sistem ini  cepat di kuasai dan di ajar secara individu.




No comments:

Post a Comment