Monday 23 January 2017

7 DOA TERBAIK SETIAP PARENTS WAJIB AMALKAN KALAU ANAK DEGIL

<img src="kelas-belajar-membaca.jpg" alt="kelas belajar membaca"/>

Pernah tak anda stress atau "naik hantu" dengan perangai anak anda? Sampai kadang-kadang tu rasa putus harapan tengok perangai degil, nakal dan tak dengar kata tahap kronik anak anda ?

Boleh gugur rambut & jantung bila anak-anak start buat perangai tu, kan?

Tak tahu dah cara yang macamana lagi nak buat supaya anak-anak ni jadi baik, dengar kata, tak melawan. Dah macam-macam tips baca, dan cuba buat tapi sekejap je, lepas 2-3 hari, balik perangai lama. Sama jer jugak.

Sebenarnya masih ada harapan yang besar untuk lihat anak anda berubah, jalan nya adalah dengan berdoa kepada Allah sebab Allah adalah penguasa dan pemilik semua hati makhluk di dunia. Doa pula mestilah menggunakan ayat-ayat Al-Quran yang spesifik dan berkaitan dengan hajat yang ingin dipinta.

Berikut kami share antara doa yang boleh mendatangkan kesan terhebat untuk anak anda.

Pastikan anda amal berserta dengan penuh harapan dan keyakinan yang tinggi bahawa Allah akan mengabulkan hajat anda.


1. DOA ANAK DENGAR KATA


Amalkan ayat ini selepas solat , Surah Al-Anbiya' ayat 69.


Maksudnya :

" Kami berkata, hai api menjadi dinginlah, dan menjadi selamat bagi Ibrahim "



2. DOA SUPAYA ANAK RAJIN SOLAT.


Amalkan ayat ini selepas solat atau ketika teringatkan anak, Surah Ibrahim ayat 40.


Maksudnya :

" Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan solat, dan dari zuriat keturuananku. Wahai Tuhanku terimalah doa "


<img src="kelas-belajar-membaca.jpg" alt="kelas belajar membaca"/>



3. DOA UNTUK ANAK YG LASAK & NAKAL.

Amalkan ayat ini setiap kali selepas solat, Surah Al-Furqan ayat 74.


Maksudnya :

" Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata ; Wahai Tuhan kami, berikanlah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat kami perkara-perkara yang menggembirakan hati kami, dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang bertakwa "



4. DOA MELEMBUTKAN HATI ANAK YANG DEGIL.

Parents perlu amalkan doa ini setiap masa,
boleh juga dibaca sebanyak 40 kali dan dihembuskan ke air dan diberikan minum kepada anak. Surah Ash-Syura ayat 19.


Maksudnya :

" Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hambaNya. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa."



5. DOA ANAK LEMBUT HATI, PINTAR & SOLEH.

Amalkan setiap kali sedang memasak untuk keluarga. Surah Ali Imran ayat 200.


Maksudnya :

" Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedia serta bertakwalah kamu kepada Allah agar kamu berjaya "



6. DOA ANAK TAAT PERINTAH ALLAH.

Amalkan selalu ayat ini, Surah Al-Baqarah ayat 128.


Maksudnya :

" Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat ibadah (haji) dan terimalah taubat kami ini. Sesungguhnya Engkau yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang "



7. DOA RAHMAT & KEBERKATAN.

Sentiasa diamalkan ayat ini bagi memperoleh keberkatan serta rahmat Allah, Surah Ali Imran ayat 8-9.


Maksudnya :

" Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi-Mu, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima balasan pada hari yang tiada keraguan padanya. Sesungguhya Allah tidak memungkiri janji."



Selamat mencuba ya parents.


Oh ya lagi satu,

kalau anak anda masih tak boleh membaca,


 INTAKE KELAS BELAJAR MEMBACA MINDA OPTIMA SESI FEBRUARI 2017 KINI DIBUKA 


HANYA TINGGAL BEBERAPA TEMPAT SAHAJA LAGI.

JIKA ANDA BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT SILA KLIK LINK DIBAWAH NI YA.

↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

http://mindaoptimacentre.blogspot.my/2016/08/kelas-belajar-membaca-minda-optima.html

↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑↑

<img src="kelas-belajar-membaca.jpg" alt="kelas belajar membaca"/>

No comments:

Post a Comment